Fatwa Management System

Sebab Selisih Tahun Taqwim Hijrah

Fatawa / General Fatawa
Date: May 15, 2006 - 04:39 PM
Soalan :

Kenapa terjadi perselisihan di antara takwim-takwim tahun Hijrah dan bagaimana jalan dapat menyamakan kalendar yang ada di seluruh Tanah Melayu ?

Jawapan :

Perselisihan takwim itu adalah terbit daripada perselisihan di antara ahli-ahli hisab Mujarrad yang mengiktibarkan angka-angka Mujarrad dan perhimpunan bulan dan matahari dengan ahli-ahli syara’ yang mengiktibarkan ‘rukyah’ atau ‘amkan’ (boleh) ‘rukyah’ sekalipun tidak nampak.

Yang demikian itu adalah kembali kepada ikhtilaf ulama falak umat Islam berkenaan dengan awal tahun Hijrah. Setengah daripada mereka itu berkata adalah awal Muharam pada tahun yang Rasulullah SAW Hijrah ke Madinah iaitu hari Khamis. Mereka itu berpegang kepada hisab, dan setengah berkata hari Jumaat.Yang telah berkata dengan ‘Qaul’ yang pertama ini Yunus bin Abdul A’la Al-Misri Al-Falaki As-Syshiri dan Al-Waghu Bika Marza Muhammad As-Samarkhandi. As-Sheikh ‘Alauddin bin As-Shathir Al-Misri tidak bersetuju dengan ‘Qaul’ ini dengan hujah bahawa ditakwimkan orang akan bulan dan matahari kerana melihat anak bulan pada malam Khamis setengah tenggelam matahari setengah jam maka didapati bulan ada pada Khat As-Surthan dan matahari pada khat itu juga. Perenggan-perenggan ini adalah ijma’ bahawa anak bulan tidak boleh nampak di dalam batas perenggan-perenggan itu bahkan tidak hampir kepada perenggan-perenggan yang boleh nampak. Maka tetaplah awal tarikh tahun Hijrah dengan rukyah hari Jumaat.

Sesungguhnya ahli-ahli falak yang kemudian (mutaakhirin) telah bersetuju dengan perkataan As-Sheikh ‘Alauddin bin As-Shatir setengah daripada mereka itu Tohir Afandi seorang daripada ketua-ketua ahli nujum ianya daripada bangsa Turki, dan Al-Wazir Al-Ghazi Ahmad Mukhtar Basha yang empunya karangan-karangan yang berharga dalam ilmu Falak dan Miqat. Al-Luwau Al-Misri Muhammad Mukhtar Basha pengarang kitab “At-Taufiqiyyat Al-Ilhamiyyah Fi Maqarinatu At-Tawarikh Al-Hijriyyah Bis-Sinin Liafranjiyyati wal-Qibtiyyah”. Ia telah memulakan awal tahun Hijrah awal Muharam hari Jumaat bersamaan dengan 16 Julai tahun 622 Masihi. Rasulullah SAW masuk Quba’ pada 8 Rabiul Awal tahun itu pada hari Isnin , dan berhenti di situ pada hari Selasa, Rabu dan Khamis kemudian berangkat ke Madinah dan masuk waktu Jumaat di tengah jalan maka baginda sempurnakan sembahyang Jumaat itu bersama-sama dengan sahabatnya.

Muhammad Mukhtar Basha berkata : “Dan saya berpegang pada menetapkan awal hari tahun Hijrah kepada yang telah ditahqiqkan oleh orang bijak dan empunya fikiran”. Al-Jalil A-Iktibar al-‘Alamah Al-Mashir Al-Ghazi Ahmad Mukhtar iaitu menurut sesuai dengan apa yang telah di waridkannya daipada perkataan-perkatan syara’, hisab yang dirujukkan kepada jadual ‘Ibriyyah.

As-Sheikh Muhammad bin Abdul Rahman An-Nabili telah berkata dalam syarahannya “Fathu al-Manan ‘Ala Tahfati Al-Ikhwan” karangan As-Sheikh Ahmad Qasim dalam ilmu Miqat. Kata As-Sheikh Al-Qalyubi bahawa awal Muharam pada tahun Hijrah dengan hisab hari Khamis dan dengan Rukyah nak bulan hari Jumaat.

Dengan kenyataan yang terbut di atas dapatlah diketahui bahawa ahli-ahli falak yang ‘Muhaqqiqin’ dan ahli fiqh telah ittifaq bahawa awal tahun Hijrah dengan rukyah anak bulan adalah hari Jumaat.

Apabila telah kita ketahui yang demikian itu nyatalah perselisihan sehari diantara sesetengah taqwim yang digunakan di Malaysia ini adalah terbitannya dengan sebab yang tersebut di atas. Maka orang yang menjadikan taqwimnya atas asas awal tahun Hijrah hari Jumaat adalh hampir kepada hukum syara’dan jauh daripada tersalah pada mensabitkan anak bulan dan ghalibnya adalah ia awal bulan hakiki kerana terbinanya di atas ‘imkan’ (boleh) rukyah yang diasakan atasnya hisab daripada awal tahun Hijraah yakni tahun yang padanya Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, dari sebab itu telah terjadi perselisihan diantara takwim-takwim satu hari. Dan terkadang perselisihan it di antara taqwim yang dibina di atas hisab dan terhimpun bulan dan matahari dengan taqwim yang isbat rukyah anak bulan berselisih sehari atau dua hari. Dan jarang berlaku perselisihan di antara rukyah anak bulan dan taqwim yang dibina atas rukyah seperti yang telah saya sebutkan melainkan sehari sahaja dan kebanyakannya tidak berselisih.

Adapun yang disebutkan dalam soal ada perselisihan di antara yang disiarkan dalam Writ Jabatan Agama Johor dan sengan setengal haribullan di kerta-kertas khabar pada fikiran sata bukanlah dengan dikhosod oleh yang menyiarkannya tetapi oleh kerana taqwin yang ada pada mereka yang digunakannya.

Dan yang dinyatakan oleh Al-Fadhil Kadi Kuala Terengganu menyeru kepada menyatukan taqwim itu adalah sangat baik, dan pada pendapat saya moleklah dicabut daripada takwim besar “Al-Taufiqat Al-Ilhamiyyah” dan ada naskhah di Pejabat Mufti Kerajaan Johor.

Muhaqqiq ulama falak zaman sekarang telah menetapkan bahawa zaman di antara dua bulan pertama yang sempurna keduanya iaitu 3 second 12 jam 29 hari maka tidaklah didapati sebulan ‘maqdarnya’ 30 hari melainkan dengan sebab setengah hari ‘qamri’ 12 jam dan beberapa pecahan daripada minit. Terkadang terjadi dengan sebab itu sebulan tiga puluh hari menurut iktibar ‘imkan rukyah’ dan waktu terjadi berhimpun sebulan dengan anak bulan. Kemudian daripada tenggelam matahari dengan serta-merta maka jadilah sebulan yang telah lalu 30 hari kerana lebih ‘taqribiyyhi’ yang terjadi, baginya iaitu atas wajah ‘taqrib’ (57 second 45 minit 11 jam) dan terkadang kurang daripada yang tersebut itu mengikut pada waktu yang jatuh padanya berhimpun bulan dan matahari. Al-Ghazi Ahmad Mukhtar Basha telah berkata dalam kitabnya “Riyadhul Mukhtar Maratul Miqat Wal-Adwar” bahawa permulaan tarikh Hijrah nisbah kepada ahli falak adalah pada 15 tamuz (Julai tahun 622 Miladiyyah) dan adapun nisbah kepada orang-orang awam yang ditumpukan hisab mereka itu dengan zahir anak bulan adalah pada 16 Julai 1 Hijrah.

Dan ia telah menyatakan kaifiat mengeluarkan tarikh itu dengan hisab hari menyonsang kepada permulaan tahun Hijriyyah dan tidak berhajat menyebutkan di sini kerana panjang; dan disebutkan dalam soal daripada Kelantan, Terengganu, tarikhnya misalannya (Isnin 10 September 1951 bersaman dengan 9 Zulhijjah 1370) ini atas hisab bahawa awal hari pada pada awal tahun Rasul hijrah padanya hari Jumaat adapun yang disebutkan berkenaan satu surat khabar 10 September 1951 bersamaan 8 Zulhijjah 1370) ini tidak bersetuju kepada salah satu daripada dua Qaul yang tersebut di atas maka saya agak adalah tersalah.

Perkataan Al-Fadhil yang empunya soal “maka terdapat jua taqwim mingguan yang disunting di kulit writ Jabatan Agama Johor berselisih sehari daripada taqwim Kedah, Kelantan dan Terengganu dan bersaman seperti yang dipakai oleh dua surat khabar yang tersebut misalannya (Khamis 3 Mei 1951) bersamaan (27 Rejab 1370) kepada Terengganu dan didapati 26 Rejab dalam taqwim pejabat agama. Maka taqwim Kelantan dan Terengganu atas taqwim awal haribulan pada awal tahun Hijrah Rasulullah SAW hari Khamis atas ‘Al-Waghu Bika’ dan orang-oran yang bersetuju dengannya dan taqwim Pejabat Agama Johor bahawa awal haribulan tahun Hijriahhari Jumaat atas Qaul Ibnu As-Shatir dan orang-orang yang bersetuju dengannya iaitu lebih sah dan ‘muwafiq’ bagi hukum syara’.

Sayugia bagi tiap-tiap orang yang mengecop tqwim atau kalender menulis pada permulaan menyatakan taqwimnya atau kalendarnya adalah dibina di atas awal haribulan awal tahun Hijriyyah hari Khamis atau hari jumaat supaya tidak disangkakan salah dan tidak harus dipegang atasnya dalam hukum puasa dan buka. Wallahua’lam.
Dato' Said Alwe Bin Tahir Al-Hadad,
Mufti Kerajaan Johor.

This article comes from Fatwa Management System
http://infad.usim.edu.my/

The URL for this story is:
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=420