LATAR BELAKANG INFAD

Idea awal penubuhan INFAD dicetuskan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) USIM. Hasrat penubuhan INFAD oleh USIM telah diumumkan kepada orang ramai melalui sidang akhbar pada 6 Ogos 2002. Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi USIM yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Prof. Dato’ Dr Abdul Shukor Husin, Naib Canselor USIM pada 9 Ogos 2002 telah bersetuju untuk melantik satu jawatankuasa khusus bagi penyediaan kertas cadangan bagi penubuhan institut ini. Perlantikan Jawatankuasa ini telah dibuat oleh Y.Bhg Dato’ Naib Canselor pada 27 Ogos 2002. Kertas cadangan penubuhan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Senat ke-11 pada 18 Oktober 2002 dan seterusnya telah diluluskan dalam mesyuarat ke-6 Lembaga Pengarah Universiti USIM pada 28 November 2002.

Penubuhan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) adalah selaras dengan perancangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mewujudkan beberapa pusat kecemerlangan, dan seiring dengan matlamat penubuhan USIM, iaitu bagi meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul, bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi terkini.

INFAD dirasmikan penubuhannya pada 26 Mei 2003 di Hotel Palace of the Golden Horses oleh Y.Bhg. Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid Hj. Zainal Abidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.