KARNIVAL FATWA: PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM ANTARABANGSA (KAFI) 2018

28-29 OGOS 2018

Pada 18 - 19 Mei 2016, INFAD telah menganjurkan Seminar Fatwa Antarabangsa (ISFATWA 2016). Seminar yang diadakan di bawah Kursi Felo Utama dalam Kajian Fatwa ini dihadiri seramai 200 orang peserta dari dalam dan luar negara. Penyandang Kursi, Sheikh Muhammad Muhammad `Awwamah telah menyampaikan Ucaptama.

Pada 21 Disember 2017, INFAD telah menganjurkan Bengkel Penyelidikan dan Penerbitan INFAD. Hasil bengkel, INFAD bersetuju untuk menganjurkan satu Karnival Fatwa: Penyelidikan dan Pendidikan Islam Antarabangsa (KAFI) 2018. Konsep KAFI2018 yang akan dianjurkan ini akan menggabungkan 3 program dalam satu karnival iaitu:

  1. Seminar Fatwa, Pengajian, Pendidikan dan Inovasi Islam Antarabangsa (SeFPIA) 2018
  2. Pertandingan Mini Muzakarah Fatwa
  3. Pertandingan Inovasi Islam

 

OBJEKTIF / TUJUAN KAFI 2018 DIADAKAN

Objektif Karnival Fatwa: Penyelidikan dan Pendidikan Islam Antarabangsa (KAFI) 2018 yang merangkumi Seminar, Pertandingan Mini Muzakarah Fatwa dan Inovasi Islam ini dianjurkan adalah:

  1. Mengukuhkan jaringan lestari yang strategik antara INFAD dengan institusi-institusi fatwa, agama di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  2. Mewujudkan perkongsian pintar dan dialog intelek dengan para mufti dan ilmuan dalam bidang fatwa, penyelidikan, pengajian dan pendidikan Islam ke arah membina sebuah institusi Islam yang berwibawa dan berwawasan.
  3. Bertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam di seluruh dunia bagi mewujudkan perpaduan yang mantap di kalangan umat Islam.
  4. Melatih pelajar dalam bidang fatwa dan syariah cara muzakarah dan kemahiran menginstinbat hukum dan fatwa.
  5. Melatih dan melahirkan calon pegawai penyelidik fatwa serta berpotensi menjadi mufti di masa hadapan.
  6. Memberi peluang kepada peserta untuk memperkenalkan produk inovasi Islam.
  7. Mewujudkan budaya merekacipta produk inovasi untuk manfaat ummah.

 

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.