Muzakarah 2012

Muzakarah series 14


Title           :     Coordination of the fatwa in Malaysia: rationale and constraints
Presentor    :     En. Lokmanulhakim Hussain, Karyawan Tamu INFAD

29 Mac 2012 – Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah menganjurkan Muzakarah INFAD Bil 1/2012 bertajuk: Penyelarasan Fatwa di Malaysia: Kewajaran dan Kekangan. Tajuk ini telah dibentangkan oleh En. Lokmanulhakim Hussain, Karyawan Tamu INFAD. Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia ini dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Pengarah INFAD sebagai pengerusi dan beberapa orang pensyarah USIM sebagai penilai. Turut hadir kakitangan INFAD dan pelajar USIM khususnya daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Penyelidikan ini menyentuh perbincangan berkaitan Rasional Penyelarasan fatwa; Pro dan Kontra, Kekangan Penyelarasan Fatwa, Penyelesaian dan Solusi dan sebagainya. Muzakarah seperti ini dilihat mampu memberi impak kefahaman dan pendidikan berkaitan fatwa dan pengurusannya di Malaysia.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.