Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017

 

 

Pada 8-9 Ogos yang lalu, Pihak Lembaga Zakat Selangor, INFAD dan PKAUSIM telah berjaya melaksanakan Muzakarah Zakat Kebangsaan tahun 2017. Muzakarah disertai oleh peserta dan pembentang dari pelbagai bidang samada akademik mahupun industri. Pelbagai kupasan menarik telah dibentangkan dalam muzakarah tersebut.

Antara objektif Muzakarah ini adalah;

1. Mengupas isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan pemerkasaan kutipan dan agihan zakat di Malaysia.
2. Membincangkan hukum-hukum yang berkaitan dengan kutipan dan agihan zakat secara langsung dan tidak langsung.
3. Mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik dalam memperkasa institusi zakat dalam aspek kutipan dan agihan.

Semoga usaha ini memberi manfaat dan idea dalam memperkasa kutipan dan agihan zakat di Malaysia.

 

Sumber: FB Lembaga Zakat Selangor

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.