PAMERAN INFAD SEMPENA i-INOVA’ 15

NILAI, 24 – 25 Oktober 2015 – Penganjuran Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’15) memberi ruang dan peluang kepada para penyelidik dan pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk juga syarikat dan individu untuk mempamerkan hasil kajian dan inovasi yang telah dijalankan untuk manfaat dan kegunaan ummah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, INFAD juga tidak melepaskan peluang mengadakan pameran. Kali ini, INFAD menampilkan Sistem Pengurusan Jurnal Fatwa secara atas talian yang dikenali sebagai jfatwa. Sistem jfatwa ini dibangunkan INFAD untuk memantap dan mempertingkatkan kualiti pengurusan dan sumbangan artikel jurnal INFAD supaya lebih efisyen, interaktif serta menjimatkan kos percetakan. Diharapkan, dengan adanya jfatwa ini, INFAD dapat memberi kemudahan kepada pihak yang berkaitan seterusnya meningkatkan sumbangan artikel yang terbaik khususnya berkaitan Fatwa dan hukum Islam.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.