PAMERAN INFAD SEMPENA i-INOVA’ 14


NILAI, 29 – 30 November 2014 – Penganjuran Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’14) memberi ruang dan peluang kepada para penyelidik termasuk pelajar sama ada daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk syarikat dan individu mempamerkan hasil kajian dan inovasi yang telah dijalankan untuk manfaat dan kegunaan umat Islam. Seperti tahun-tahun sebelumnya, INFAD juga tidak melepaskan peluang mempamerkan Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) kepada pengunjung di program anjuran USIM yang julung kali diadakan di Dewan Besar USIM ini. Sekalipun bukan sebagai peserta yang mempertandingkan hasil inovasi, penyertaan INFAD kali ini diharap dapat memperoleh input dan idea bagi mempertingkat dan memantapkan sistem FMS berkenaan supaya capaian dan mutu perkhidmatannya lebih interaktif serta memenuhi keperluan masyarakat dan pengguna yang ingin memperoleh maklumat berkaitan hukum dan fatwa dari seluruh dunia dengan jelas.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.