BICARA FAQIH INFAD SIRI KE-3: SEJENAK BERSAMA TOKOH

 


INFAD, 10 September 2014 – Meneruskan agenda menyebarkan ilmu, fatwa dan hukum kepada masyarakat dan pencinta ilmu, sekali lagi INFAD menganjurkan Bicara Faqih INFAD Siri ke-3. Bertemakan Sejenak Bersama Tokoh, INFAD berbesar hati menjemput Ybhg. Sheikh Dr. Muhammad bin Abdullah Ali Muhyiddin al-Yamani, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Antarabangsa Afrika Khartoum, Sudan yang dalam rangka lawatan kerja ke negara ini berkongsi kepakaran ilmu dan kajian beliau berkaitan أحكام الجو والفضاء في الفقه الإسلامي . Kajian menarik beliau ini memberikan nilai tambah kefahaman kepada peserta yang hadir ilmu berkaitan angkasa lepas menurut pandangan Fiqh Islam. Terlebih dahulu, beliau turut sudi mengijazahkan bacaan sanad bagi Kitab al-Risalah, al-Umm dan al-Muwatta’ kepada yang hadir di program yang diadakan sehari sebelumnya.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.