BENGKEL PELAN STRATEGIK INFAD

 

PORT DICKSON, 25-26 Oktober 2014 – Bagi memantapkan lagi peranan dan hala tuju ke arah menjadi pusat penyelidikan dan rujukan maklumat berkaitan fatwa bertaraf dunia, INFAD telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik INFAD di Hotel Klana, Port Dickson. Bengkel 2 hari ini menilai dan mengukur pencapaian INFAD pada tahun 2014 ini serta merancang pelan strategik dan hala tuju INFAD sehingga tahun 2025 khususnya berkaitan penyelidikan, perundingan, penerbitan, penjanaan kewangan serta hubungan antarabangsa. Selain pengurusan INFAD, bengkel ini turut disertai oleh 3 Felo Penyelidik Tetap, 6 Penyelaras serta 1 Penyelidik Tamu INFAD yang turut memberikan idea dan pandangan yang bernas ke arah melakar satu perancangan yang baik untuk INFAD. Pengarah INFAD, Dr. Irwan Mohd Subri di akhir bengkel mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengharapkan supaya perancangan yang telah dikemukakan ini dapat direalisasikan dengan jaya ke arah memantap dan melonjakkan lagi INFAD di persada dunia.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.