LAWATAN RASMI INFAD KE SABAH


Kota Kinabalu, 5-6 Mei 2014 – Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia merancang untuk memperkukuh hubungan dan mengerat kerjasama dengan agensi / institusi tempatan khususnya dalam bidang berkaitan penyelidikan dan pengurusan fatwa. Atas dasar itu, buat julung kalinya pengurusan INFAD diketuai oleh YBhg. Dr. Irwan Mohd Subri, Pengarah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Mufti Negeri Sabah. Lawatan kerja 2 hari ini bertujuan untuk bertujuan membina jaringan antara INFAD dengan institusi fatwa dan agama tempatan yang terlibat dalam pengurusan fatwa dan hal ehwal yang berkaitan. Selain itu ia juga sebagai medan perkongsian dan perbincangan berkenaan kerjasama yang boleh dijalankan khususnya dalam bidang penyelidikan, penganjuran seminar, muzakarah, kursus pendek dan sebagainya.

 

Ustaz Mohd Ariffin Ali, Pegawai hal Ehwal Agama Islam, Pejabat Mufti Negeri Sabah yang menzahirkan penghargaan terima kasih di atas lawatan INFAD yang penuh bersejarah ini.   Beliau yang mewakili YBhg. S.S Mufti berharap hubungan dan kerjasama antara dua pihak ini ini akan terus diperkukuhkan di masa akan datang demi untuk memartabatkan fatwa dan institusinya.

Selain itu, INFAD turut berpeluang mengadakan lawatan dan perbincangan bersama dengan JAKIM Cawangan Sabah serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negri Sabah bagi tujuan yang sama. Mereka juga amat berminat untuk bekerjasama dengan INFAD dalam bidang-bidang yang berkaitan. 

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.