Bengkel Perbincangan Pakar Fatwa & Pergigian (2)

 

 

 

NILAI, 6 JULAI 2015 – Isu-isu berkaitan pergigian semakin berkembang dari sudut teknik rawatan mahupun penggunaan bahan dan alatan yang halal dan mematuhi hukum. Ia menuntut pakar pergigian dan syariah berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan yang berlaku untuk kepentingan ummah dan negara. Atas dasar itu, INFAD telah mengadakan Bengkel Perbincangan Pakar Fatwa dan Pergigian di Hotel Nilai Springs, Bandar Baru Nilai. 

Bengkel yang melibatkan staf akademik USIM daripada Fakulti Pergigian (FPg) serta Pengajian Islam termasuk Penyelaras dan Felo Penyelidik INFAD ini diadakan sebagai medan perkongsian isu-isu terkini berkaitan pergigian untuk projek kajian dan penyelidikan lanjut serta menerbitkan artikel atau buku yang berkaitan. INFAD telah menjemput dua pembentang iaitu YBrs. Dr. Rasidah Ayob, Pakar Pergigian (Periodontik), Klinik Pergigian Peringgit, Melaka yang membentangkan tajuk Isu-Isu Berkaitan Pergigian. Manakala En. Mohd Hapidz Mahaiyadin, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang pula membentangkan tajuk Isu-Isu Darurat dalam Pergigian.

Selaras dengan hasrat INFAD untuk menjadi pusat rujukan fatwa di peringkat nasional mahupun antarabangsa, penganjuran bengkel seperti berjaya melonjakkan peranan INFAD untuk melangkah dan memberi sumbangan bagi menghasilkan penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi berkaitan fatwa dan pergigian. Ia juga menyokong visi universiti untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli khususnya dalam penyelidikan.

 

  • Bengkel

 

 

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.