MUZAKARAH FATWA INFAD – MAJELIS ULAMA INDONESIA, MAJELIS TARJIH MUHAMMADIYAH& UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA (UMY)


YOGYAKARTA, 24 April 2015 – Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia telah menganjurkan International Conference on Islamic Economics and Financial Inclusion (ICIEFI) pada 23-24 April 2015. Persidangan yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. KH. Muhammad Sirajuddin Syamsuddin, Ketua Majelis Ulama’ Indonesia ini turut menjemput beberapa pakar dan tokoh daripada institusi fatwa terkemuka di Indonesia untuk menyampaikan kertas kerja yang berkenaan. INFAD mengambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan strategik dan Muzakarah Fatwa dengan beliau selaku Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia (MUI), Majelis Tarjih Muhammadiyah, Bahsul Masail Nahdatul Ulama Indonesia (NUI), Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) serta beberapa institusi fatwa yang lain. Beliau amat menyokong kerjasama sebegini dan mencadangkan supaya kedua-dua pihak bekerjasama menganjurkan satu muzakarah atau seminar fatwa peringkat ASEAN yang bukan sahaja membincangkan isu-isu kefatwaan bahkan permasalahan global yang sedang berlaku di dunia ketika ini.

 

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.