BENGKEL PEMBANGUNAN JURNAL ONLINE INFAD

SEPANG, 20 – 21 Januari 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia telah meletakkan sasaran atau KPI supaya Jurnal INFAD diiktiraf sebagai jurnal berindeks seperti SCOPUS dan ISI. Antara langkah yang diambil oleh INFAD adalah dengan berusaha menerbitkan Jurnal INFAD 2 kali setahun. Bagi memastikan penerbitannya mengikut jadual yang ditetapkan, bilangan artikel perlu konsisten dan mencukupi. Selain itu, pengurusan jurnal juga perlu dipertingkat dan dimantapkan bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan kepada para penyelidik dan tenaga akademik untuk menyumbang artikel.

 Bagi memantapkan lagi pengurusan dan penerbitan Jurnal INFAD, satu Bengkel Pembangunan Jurnal Online INFAD telah diadakan. Ia bertujuan untuk membangunkan satu laman web Pengurusan Jurnal INFAD secara online. Laman web ini memberi kemudahan kepada INFAD untuk mempromosi dan menggalakkan para penyelidik dan ahli akademik untuk menyumbangkan artikel dengan lebih mudah dan menjimatkan. Ia juga memberi kemudahan kepada para pewasit untuk menilai artikel dengan lebih mudah dan cepat. Sistem ini dapat membantu mempertingkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan jurnal sebelum ini serta dapat menjimatkan kos dan menjana pendapatan.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.