BICARA FAQIH INFAD SIRI 8

 

NILAI, 17 Februari 2015 – Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) meneruskan aktiviti penyebaran ilmu, fatwa dan hukum melalui penganjuran Bicara Faqih INFAD. Kali ini INFAD menjemput YBhg. Dr. Muhyiddin Muhammad `Awwamah. Tajuk yang disampaikan adalah: المزج بين طريقة المشيخية وطريقة الأكاديمية في صناعة طالب العلم. Beliau yang kini menetap di Arab Saudi,  seorang tokoh yang memliki kemahiran dan kepakaran luas dalam bidang fatwa dan hukum khususnya dalam Mazhab Hanafi. Ditambah pula dengan kelebihan mempunyai 3 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam 3 bidang iaitu Fiqh, Usul Fiqh dan Hadith. Beliau juga merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Muhammad `Awwamah, seorang tokoh dan ilmuan terkenal yang merupakan calon penyandang Kursi INFAD.

 Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8590/8588/8413, Faks: +606-798 8891, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.